Tuesday, June 2, 2009

Di sini ianya bermula..

pejam celik pejam celik rupanya da 2 minggu saya menghadiri kursus bakeri. Setelah 2 minggu disana, pelbagai pengalaman yg ditimba bermula dari asas menjaga kebersihan dan keselamatan ketika di tempat kerja, berkenalan dgn peralatan2 yang digunakan, baking technique, storage sehinggalah petua dan tips2 semasa penyediaan produk2 bakeri.

Maka setelah lama menanti, hari ni bermulalah pelajaran kami secara praktikal, kelas membuat roti...first time dapat bljr buat roti, excited sungguh....sebelum start proses membuat roti, chef bertugas iaitu cheff miza membriefing ttg bahan2 yg digunakan dan langkah2 yg perlu dilakukan. jom kita bljr macammane nak buat roti...



Briefing oleh Chef miza

firstly, bahan2 kering spt tepung, gula kastor,yis, susu tepung dan sedikit bread improver diputar. putar dgn menggunakan sejenis mesin yang dipanggil Mixer selama 5 minit (nasib baik x gn tangan, klu x mau patoh tongan den)

step yang seterusnya plak, tambahkan garam dan putar lagi...garam tak boleh dicampur masa stp first td coz dia menyebabkan yis kita td mati..so if yis mati roti tak naik la..maka keras la roti kita..seterusnya sambil2 putar 2 kita masukkan telur sebijik demi sebijik dan juga marjerin.
Bila doh yang kita sediakan tadi dah sebati, keluarkan dari Mixer dan lakukan ujian elastik (nak uji samada doh kita da sesuai belum nak wat roti)..bila da ok , proses bantingan dilakukan untuk buang angin dari doh kita..so roti kita 2 tak la kembung sangat.


Proses bantingan

ni pulak step membahagikan doh ikut saiz produk, timbang doh sebanyak 60 g..
nak timbang doh 2 sng jer, yang susahnya nak membulatkan doh 2, tengok macam senang tapi nak membuatnya...huhu.


Membulatkan doh perlukan kepakaran

Next, doh yang telah direhatkan selama 5 minit dihias mengikut produk yang dikehendaki, pastu masukkan ke dalam mesin yang dipanggil Proover supaya roti bertambah kembang.




Tengok 2, roti da kembang bila dikeluarkan dari proover

seterusnya bakar di dalam oven pada suhu atas 190 dan suhu bawah 180 selama lebih kurang 15 minit..




Inilah hasil Roti kami...yang bestnyer saat bila nak merasanya...umm..Lembut dan Sedap...

No comments:

Post a Comment