Sunday, May 31, 2009

pohon TAUHID berbenih IMAN Tak goyah dilanda taufan, tak tumbang dirempuh badai..





menyemai benih2 tauhid di sanubari anak2 muslim, adalah tanggungjawab yang maha penting. daripada benih yang ditanam inilah lahirnya poko2 yg rendang dan kukuh. jika benih lalang yang disemai, jgn mengharap untuk menuai gandum atau padi.

asas akidah yang mantap perlu disemai sejak kanak2 msh kecil. kecintaan pada Allah dan Rasulnya, serta pautan hati kepada masjid dan Al-Quran,perlu disuburkan dibenak mereka. anak2 yang ditanam dgn benih iman spt ini suatu hari nti membesar seumpama sepohon pokok yg rimbin dan kukuh. iman mrk spt akar yang mencengkam kuat bumi dan menerobos jauh ke dalam tanah. tiada ribut, taufan atau angin yg mampu mencabut pokok yg mempunyai akar sekuat in.

Demikian juga, anak2 yg terpasak kukuh tiang akidah kpd Allah di hati mrk. mrk tidak mudah digoyahkan oleh persekitaran yg negatif, tidak tumbang iman mrk kerana desakan hidup atau habuan dunia. mereka inilah golongan yang menjaga agama dan benteng terakhir umat.

sebagaimana poon rendang yg menghasilkan buah-buahan yg manis, enak, berkhasiat dan menyegarkan, mereka juga memberikan 'buah-buahan' yg manis kpd keluarga, rakan, jiran tetangga, malah negara.

apabila bekerja, mereka bekerja dgn amanah, andai menjadi majikan, mereka menjadi majikan yg prihatin dan simpati terhadap pekerja bawahan. sekiranya berniaga, mereka tidak akan mengamalkan rasuah atau penipuan. mereka mengeluarkan zakat perniagaan dan menyantuni golongan krg bernasib baik. jika menjadi pemimpin, mereka membimbing rakyat bertakwa kpd Allah dan menjauhi maksiat.

hanya golongan yang ditanam dgn iman yg kukuh spt ini mampu menjadi sepohon pokok yg rendangnya memanyungi semua org yg berada di sekelilingnya. Dia juga mengguurkan 'buah-buahan' ranm utk santapan masyarakat.

demikian perumpamaan yg Allah datangkan dalam surah Ibrahim, ayat 24 dan 25. Allah menggambarkan iman yg mantap adalah spt pohon yg rendang, akarnya kuat mencengkam bumi dan rantingnya menjulang tinggi ke langit. sepohon pokok terdiri daripada tiga bahagian penting; akar, batang dan ranting. begitu juga iman terdiri daripada akidah yg kuat spt akar, amalan soleh yang kukuh spt batang pokok yang utuh, dan lidah yg menuturkan kata2 yg baik umpama ranting2 yang menjulang tinggi ke langit...

No comments:

Post a Comment