Saturday, May 30, 2009

salam Perkenalan

alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran pada ALLAH kerana dgn limpahan ksh syg dan rahmatnya akhirnya saat yang dinanti tlh tiba..

akhirnya saya kan meninggalkan bumi UkM tercinta ini,dimana slm tiga thn saya menimba ilmu, pengalaman manis dan pahit yg sgt berharga. Sedia maklum bahawa di IPT merupakan tempatnya kita semua menimba ilmu, begitu juga saya. Ilmu yang banyak dan tidak terhitung jumlahnya. Tidak tertanggung oleh otak juga kadangkala.

Bermulalah episod kehidupan baru dalam kamus hidup saya.dunia pekerjaan yang semestinya dinanti2 oleh setiap mahasiswa/siswi..mgkn ada yang telah terbayang2 kehidupan masa depan yang baru,terima duit gaji setiap bulan,plan nak beli kereta, baju mahal, alat make up dsb...

"KITA MERANCANG DGN CITA-CITA ,ALLAH MEMBERI DGN CINTA"

segala2nya tlh ditentukan oleh Allah, slps seminggu tamat belajar di UKM, sy kini menyambung pelajaran k peringkat yg lebih tinggi, spt mana sabda Rasulullah: tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad..tidak kira dimana dan berapa pun umur kita, selagi hayat dikandung badan ilmu mesti dicari dan ditambah.walaupun sy x menyambung pelajaran sama sptmana yang diambil di UKM iaitu bidang sains Mikrobiologi(kaji kuman) tapi bak kata orang kemahiran itu perlu ada apatah lagi bagi seorang wanita.hehe panjang betulkan mukaddimahnye..ok2 saya terus pada pointnya, saya kini sdg mengikuti kursus bakeri selam 6 bulan di bwh kementerian sumber Manusia di bawah pakej rangsangan ekonomi yang dikenali sbg "TRAIN N PLACE". kursus ini diadakan di sg Tangkas (sebelah komuter UKm jer) dan diselia oleh Chef Farid dari Bakeri Ria Academy yang sangat berpengalaman dalam bidang bakeri.

apa yang peting bagi saya,kursus ini akan menambahkan skill dalam bidang bakeri yang INSYAALLAH akan saya lakukan scr full time satu hari nanti(means nak buka bakeri..InsyaAllah). dan saya akan berjuang untuk membekalkan lebih banyak produk2 bakeri yang halalan toyyiban kpd masyarakat khususnya saudara seagama.

knp saya memilih bidang bakeri, bkn bidang2 yang lain.nantikan episod yang akan datang...

No comments:

Post a Comment