Tuesday, June 2, 2009

Bagaimana nak jadi BAIK???


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah melihat kpd amalan-amalan kamu dan hati kamu".

Hati itu merupakan raja yang ditaati dan pemimpin yang ditakuti, dan seluruh anggota badan merupakan rakyatnya.Rasulullah s.a.w juga da bersabda:

" Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada segumpal daging bila keadaannya baik maka baik pula seluruh angotanya dan bila rosak, rosak pula seluruh anggota badannya. Ketahuilah bahawa itu adalah hati"

Dalam usaha kita melakukan perubahan berterusan ke arah menjadi mukmin yang cemerlang, usaha hendaklah difokuskan supaya hati kita sentiasa muafakat dengan kehendak Allah s.w.t. Iaitu apa yang Allah suka, menjadi kesukaan kita dan apa yang Allah benci menjadi kebencian kita. seluruh perintah Allah adalah kebaikan dan seluruh larangan Allah adalah kejahatan.

kalau hati kita sudah muafakat dgn kehendak Allah ertinya kita menjadi org yg sgt ghairah dengan kebaikan dalam apa jua bentuk sekalipun dan benci pada kejahatan walau sekecil manapun. Apabila kita kata Allah matlamat hidup kita, kita ini hamba Allah, hidup kita untuk beribadah kepadaNya, sebenarnya hati kita sedang memproses hati kita supaya hati kita muafakat dgn Allah- kesukaan Allah menjadi kesukaan kita dan kebencian Allah menjadi kebencian kita tanpa mengira tempat, keadaan, suasana, masa dan ketika.

seperti mana kata-kata Iman Ghazali r.h:

" sesungguhnya manusia ini menyediakan dirinya bagi ma'rifah adalah dengan hatinya dan bukannya dengan anggota badannya. maka hatilah yang mengetahui Allah, mendekati-Nya dan bekerja kerana-Nya. hatilah yang menuju kpd Allah. dan sesungguhnya anggota badan itu adalah pengikut, pelayan dan alat yang digunakan oleh hati.

Hati yang diterima oleh Allah adalah apabila ia selamat sejahtera daripada selain Allah.hati itu terdinding daripada Allah apabila ia bergantung kepada selain Allah.

Hatilah yang mencari dan hatilah yang berbicara. Hatilah akan rasa bahagia apabila dekat kepada Allah. hatilah yang taat setia kpd Allah. dan ibadah-ibadah yang terhasil pada anggota badan dan segala sifat terpuji itu adalah lahir daripada hati.

dengan gemerlap dan bersinarnya hati maka lahirlah kebaikan. dengan gelapnya hati maka lahirlah kejahatan.Apabila manusia telah mengenali hatinya maka dia akan kenal dirinya, dan seterusnya akan mengenal Tuhannya"

No comments:

Post a Comment