Wednesday, June 3, 2009

Tugas Murabbi lebih mencabar



Alhamdulillah...syukur pada Allah s.a.w kerana sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita terus terusan merasai nikmatNya yang sangat banyak dan tak terkira dek akal...

Cuti sekolah bermula lagi, sudahkah kita merancang sesuatu yang berfaedah untuk mengisi masa sama ada anak, adik, kawan, anak buah ataupun saudara mara kita??? ataupun membiarkan masa yang ada berlalu begitu saja???

Kebelakangan ini seringkali kita diwar-warkan dgn masalah sosial yang melanda remaja sekolah. Boleh dikatakan hampir setiap hari masalah tentang remaja sekolah samaada kes zina, rogol, ragut, pergaduhan, samseng sehinggalah melibatkan kes bunuh sering dipaparkan di media cetak juga seringkali menjadi topik hangat di media elektronik.

Persoalan yang timbul, apakah yang menyumbang kepada masalah ini?Mungkin jika diajukan pada mana2 pihak, pastinya akan menuding jari pada pihak yang lain.Pada pendapat saya masalah yang timbul dikalangan pelajar sekolah disebabkan oleh kurangnya perhatian dari pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan guru.

Jika dilihat fenomena kehidupan sekarang, ibu bapa sibuk keluar bekerja dari pagi hinggalah petang baru menunjukkan muka, semestinya tidak punya masa untuk memperhatikan ape yang dilakukan oleh anak2 mereka di rumah apatah lagi di sekolah. sepertimana yang kita maklum, golongan remaja ialah golongan yang suka mencuba,yang inginkan perhatian dan kasih sayang. kurangnya perhatian dari ibu bapa iaitu orang yang paling dekat dgn mereka menyebabkan remaja mencari alternatif lain dengan menumpang kasih kepada kawan-kawan dan mudah terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

Di sekolah pula, guru- guru hanya mengajar untuk menghabiskan silibus sekolah, perlu diingat memberi pelajaran dan memperi pendidikan adalah perkara yang berbeza. Mungkin pelajar-pelajar berjaya menimba pelajaran. memberi pelajaran melibatkan proses menyampaikan ilmu. Tetapi mendidik adalah satu perkara yang lain. Kekadang proses pembelajaran tercapai, tetapi proses pendidikan terabai.


Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu berperanan sebagai murabbi(pendidik) dan juga Mualim( pengajar). Mualim itu tugasnya menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya. Dia mengajar ilmu-ilmu tertentu sama ada ilmu yang berbentuk agama (fardu ain) ataupun akademik (fardu kifayah). matlamat utama pengajar adalah agar ilmu yg diberikan itu dpt difahami dan diaplikasi semula semasa peperiksaan.

Murabbi lebih daripada itu, Murabbi berperanan mendidik jiwa muridnya. supaya jiwa itu terkesan oleh ilmu yang diberikan. Ilmu itu kemudiannya dihayati, diyakini dan diamalkan dalam kehidupan.

Tegasnya, tugas murabbi lebih advance daripada mualim kerana dia perlu memastikan sesuatu ilmu itu bukan saja difahami tetapi dihayati sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak muridnya.

Tamsilan mualim adalah seperti orang yang mengumpulkan bahan-bahan masakan (misalnya tepung, gula, mentega, garam, gula dan air), manakala murabbi pula adalah umpama tukang masak yang mengadun, membancuh, menguli, membakarnya menjadi seketul roti. Jadi bukankah tugas murabbi tugas yang palin mencabar.Tepuk dada tanyalah Iman...

No comments:

Post a Comment