Sunday, May 31, 2009

coklat...ooo...coklat


Minggu lepas saya berpeluang belajar cara2 buat coklat daripada housemate. tidak ku sangka proses penyediaan coklat sgt mudah dan cpt. hanya perlu cairkan coklat atas air panas jer, then coklat yang cair 2 dimasukkan ke dalam acuan mengikut bentuk2 yang kita nak,sgt mudah...dah siap letak dalam acuan kemudian masukkan dalam peti ais lebih kurang 20 minit untuk bagi coklat 2 keras..after 20 minit, keluarkan dari peti ais then.......siap.

sebenarnya coklat 2 kami buat untuk dijual di Sek.Men.Keb.BAndar BAru Bangi sempena Hari Guru. Terima Kasih pada adik fatimah,farhana dan adik Huda yang membuat tempahan dan mempromosi coklat yang kami buat di sekolah tersebut.Alhamdulillah, sambutan yang diberi sungguh menggalakkan dan semua coklat yang kami hantar habis dijual.

Tak sabar rasanya nak buat coklat lagi, sekarang kena tunggu cikgu balik dulu sebab cikgu yang mengajar saya buat coklat 2 tgh cuti-cuti malaysia di kg halamannya di klang.bercakap ttg cuti ni rasanya da lama tak pergi travel...teringat masa travel bersama kawan2 ke kuala selangor,berprogram di sg. congkak dan dulunya setiap minggu turun ke Melaka. Sekarang ni sayalah orang yang boleh dikatakan suri rumah sepenuh masa...hehe. Apa khabar la housemate saya yang sorang lagi 2, dia skrg ni berada di Bandung, Jakarta utk membeli stok pakaian butik muslimahnya...rasa keseorangan pulak sebab selalunya ade jer geng nak borak tapi malam ni saya hanya habiskan masa untuk update blog ni jer..Harap2 bermanfaat la masa yang dah berlalu...

Cantik tak coklat yang kami buat 2? satu pek coklat paket pink 2 berharga Rm 2.50, murah ajer kan?..kalau ada yang nak tempah, sangat dialu-alukan..selain 2 kami juga ada jual coklat yang didatangkan khas dari kilang iaitu coklat Tasneem,Dkawi,Dazzel dan sebagainya.

Walaupun produk kami tidak segah produk2 lain tapi InsyaAllah ini merupakan permulaan bagi kami untuk berjinak2 dalam perniagaan coklat dan bakeri ni..Doakan kejayaan kami yer..

1 comment: