Tuesday, July 21, 2009

Pinggan..


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita...selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan..lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor, tidak berbasuh..pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yang sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai..tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca..tiada nilainya lagi..kita tiada pilihan lain selain menghumbannya ke dalam tong sampah yang hina..

begitulah jua halnya dgn Allah Taala..jika kita kembali kpdnya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita..iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadratnya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadanya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidaka akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah, tiada nilai lagi...

Jualan Mega KKM

Alhamdulillah..mlm tadi sempat saya dan rakan-rakan lain membuat jualan di medan juang kami iaitu Kolej Keris Mas(KKM). antara makanan yang dijual adalah muffin, donut dan coklat. Kami juga turut menjual jaket palestin dan pinkayu yang comel.





Jualan amat berangsangkan dan mendapat sambutan daripada adik2 d kolej tersebut.semua makanan yang dibawa habis dijual.Alhamdulillah, kami bukan saja dapat menghabiskan barang jualan, tapi yang lebih penting kami dapat menarik lebih ramai mad'u dan ada yang telah diajak ke ta'lim...Alhamdulillah



moga2 dgn cara jualan makanan ini akan membantu grk kerja kami d medan yang tercinta ini. InsyaAllah ke depan, kami akan meneruskan jualan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.Dengan ini, bukan saja dapat menambahkan mai'syah kami tetapi yang lebih...lebih penting meramaikan 'akhwat' di medan kami...InsyaAllah

Donut kecil bersalut coklat Rm 1.00

Sunday, July 12, 2009

Muhasabah Waktu






kesibukan kadangkala menghambat kita untuk mengendahkan sesetengah perkara yang kurang penting...kadangkala jika difikirkan kembali ke manakah hilang masa2 yang kita ada..kita tiada jawapannya.



alangkah beruntungnya jika masa2 yang kita lalui itu telah digunakan dgn sebaik mungkin untuk memartabatkan Islam di persada dunia.



sepertimana kata-kata AsSyahid Hassan Al Banna: sesungguhnya kewajipan yang kita perlu selesaikan adalah melebihi masa yang kita ada.

Jadilah golongan Islam yang menikmati kelazatan Iman sepertimana yang dirasai oleh para sahabat ra. Ingatlah, masa berlalu dgn pantas dan setiap daripada kita akan menghadapi maut.periksalah apa harta yang kita bawa untuk menghadap kpd Sang Maha Pencipta iaitu Allah swt. setiap daripada kita diberi amanah untuk mencari harta ini bagi mendukung kemajuan dan kemenangan Islam. Abad ini adalah akhir zaman kpd zaman kegelapan islam.Allah swt sedang mempersiapkan zaman baru untuk umat islam yang diterajui oleh kelompok islam yang memiliki iman.

kini, terpulanglah kpd umat islam sama ada ingin menjadi penumpang di dalam "bahtera Nuh" atau lemas di dalam dosa dan kemungkaran.

"BERUNTUNGLAH ORANG YANG MENYUCIKAN DIRI DAN MERUGILAH ORANG YANG MENGOTORINYA"