Saturday, June 6, 2009

Dekorasi Kek

Assalamualaikum...

Sebelum ni saya ada menulis ttg cara2 nak menyediakan kek sponge..penulisan kali ini pula saya nak share bagaimana cara nak dekorasi kek.basicnyer same saja, selalunya kita gunakan kek sponge, x kisahla nak perasa aper. kelas yang lepas, saya berpeluang mendekorasikan kek sendiri, mmg best...

Firstly, mcm biasalah...kita kena sediakan kek sponge dulu...sebenarnya nak guna kek ape2 ajer pun xpe, kek coklat ke, kek marble ker, blh je. Tapi utk pemulaan ni kami gunakan kek sponge sebab cara nak watnyer senang dan cepat..


kek sponge yang sedang menunggu utk didekorasikan.

Macam biasa,sebelum deko dilakukan, cheff kami menunjukkan demo bagaimana nak dekorasikan kek yang cantik. mula2 kek sponge tadi dipotongkan kepada 3 lapisan..setiap lapisan 2 pula disapukan dengan krim (terpulang if x nak sapu krim pun xper, tp krg sedapla kek kita)


Next, sapukan seluruh kek 2 dgn krim( antara proses yg rumit dalam dekorasi kek). step ni agak ssh sebab kita kena pandai bajetkankrim yg diguna, klu tak ek kita akan senget sebelah...hehe

lepas da siap letak krim, step yang seterusnya adalah deko kek mengikut citarasa dan gaya yg kita nak, kita blh wat samada nak bentuk rumput, bunga ros, bintang, bulan or aper saje dengan menggunakan alat yang dinamakan nozzle.

alat yang penting dalam dekorasi kek (nozzle)

wafer cone ni pulak diunakan untuk memegang bunga ros supaya bunga ros tu kukuh dan tak terbalik.


inilah contoh kek yang didekorasi oleh cheff kami

lepas dah tau cara mendekorasikan kek, apa lagi kami pun bertungkus lumus lah untuk hasilkan dekorasi kek yang cantik...jom kita lihat ape rupa kek yang didesign oleh kami...


kek ni yang paling serabut...maklumla budak lelaki yang deko
Kek yang paling cantik..hehe (hasil tangan saya lah 2).. cantik tak??? atasnya saya letakkan blueberry dan badam...bertuah akhwt yang dpt rasa kek ni, sedap kan...
ni pulak dideko oleh pelajar yang homesick, rindu kat mak dia di kampung, tengo muka kek 2 sedih semacam, atasnya ada ditulis perkataan saya sayang mak saya

simple tapi cantik

kek ni mulanya tuan yang dekonya da frust sebab kek senget, tup..tup.. kek dia yang paling cantik.



hasil tangan kelas kami...



lepas 2, alang-alang da banyak kek, kami sambutla birthday kawan2 yang tarikh lahirnya antara bulan 1 hingga bulan 6, tapi tak termasuk sayalah... saya tukang makan jer..hehe


Wednesday, June 3, 2009

Sponge Cake

Hari ini seperti biasa kelas kami berkesempatan mempelajari cara-cara membuat kek...
Rupanya nak buat kek ni perlukan kesabaran yang tinggi dan membuatnya perlu dengan kasih sayang, barulah kek 2 cantik dan sedap.



Seperti biasa, banyak tip-tip yang kami dapat semasa penyediaan kek ini. Adunan yang kami sempat sediakan adalah 3 biji kek yang berperisa coklat, vanilla dan pandan...



Ni kek ker burger ni???


Ni la sifu kelas Strawberry Mousse(kelas saya la 2), Cheff Juriani

Tugas Murabbi lebih mencabar



Alhamdulillah...syukur pada Allah s.a.w kerana sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita terus terusan merasai nikmatNya yang sangat banyak dan tak terkira dek akal...

Cuti sekolah bermula lagi, sudahkah kita merancang sesuatu yang berfaedah untuk mengisi masa sama ada anak, adik, kawan, anak buah ataupun saudara mara kita??? ataupun membiarkan masa yang ada berlalu begitu saja???

Kebelakangan ini seringkali kita diwar-warkan dgn masalah sosial yang melanda remaja sekolah. Boleh dikatakan hampir setiap hari masalah tentang remaja sekolah samaada kes zina, rogol, ragut, pergaduhan, samseng sehinggalah melibatkan kes bunuh sering dipaparkan di media cetak juga seringkali menjadi topik hangat di media elektronik.

Persoalan yang timbul, apakah yang menyumbang kepada masalah ini?Mungkin jika diajukan pada mana2 pihak, pastinya akan menuding jari pada pihak yang lain.Pada pendapat saya masalah yang timbul dikalangan pelajar sekolah disebabkan oleh kurangnya perhatian dari pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan guru.

Jika dilihat fenomena kehidupan sekarang, ibu bapa sibuk keluar bekerja dari pagi hinggalah petang baru menunjukkan muka, semestinya tidak punya masa untuk memperhatikan ape yang dilakukan oleh anak2 mereka di rumah apatah lagi di sekolah. sepertimana yang kita maklum, golongan remaja ialah golongan yang suka mencuba,yang inginkan perhatian dan kasih sayang. kurangnya perhatian dari ibu bapa iaitu orang yang paling dekat dgn mereka menyebabkan remaja mencari alternatif lain dengan menumpang kasih kepada kawan-kawan dan mudah terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

Di sekolah pula, guru- guru hanya mengajar untuk menghabiskan silibus sekolah, perlu diingat memberi pelajaran dan memperi pendidikan adalah perkara yang berbeza. Mungkin pelajar-pelajar berjaya menimba pelajaran. memberi pelajaran melibatkan proses menyampaikan ilmu. Tetapi mendidik adalah satu perkara yang lain. Kekadang proses pembelajaran tercapai, tetapi proses pendidikan terabai.


Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu berperanan sebagai murabbi(pendidik) dan juga Mualim( pengajar). Mualim itu tugasnya menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya. Dia mengajar ilmu-ilmu tertentu sama ada ilmu yang berbentuk agama (fardu ain) ataupun akademik (fardu kifayah). matlamat utama pengajar adalah agar ilmu yg diberikan itu dpt difahami dan diaplikasi semula semasa peperiksaan.

Murabbi lebih daripada itu, Murabbi berperanan mendidik jiwa muridnya. supaya jiwa itu terkesan oleh ilmu yang diberikan. Ilmu itu kemudiannya dihayati, diyakini dan diamalkan dalam kehidupan.

Tegasnya, tugas murabbi lebih advance daripada mualim kerana dia perlu memastikan sesuatu ilmu itu bukan saja difahami tetapi dihayati sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak muridnya.

Tamsilan mualim adalah seperti orang yang mengumpulkan bahan-bahan masakan (misalnya tepung, gula, mentega, garam, gula dan air), manakala murabbi pula adalah umpama tukang masak yang mengadun, membancuh, menguli, membakarnya menjadi seketul roti. Jadi bukankah tugas murabbi tugas yang palin mencabar.Tepuk dada tanyalah Iman...

Tuesday, June 2, 2009

Bagaimana nak jadi BAIK???


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi Allah melihat kpd amalan-amalan kamu dan hati kamu".

Hati itu merupakan raja yang ditaati dan pemimpin yang ditakuti, dan seluruh anggota badan merupakan rakyatnya.Rasulullah s.a.w juga da bersabda:

" Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada segumpal daging bila keadaannya baik maka baik pula seluruh angotanya dan bila rosak, rosak pula seluruh anggota badannya. Ketahuilah bahawa itu adalah hati"

Dalam usaha kita melakukan perubahan berterusan ke arah menjadi mukmin yang cemerlang, usaha hendaklah difokuskan supaya hati kita sentiasa muafakat dengan kehendak Allah s.w.t. Iaitu apa yang Allah suka, menjadi kesukaan kita dan apa yang Allah benci menjadi kebencian kita. seluruh perintah Allah adalah kebaikan dan seluruh larangan Allah adalah kejahatan.

kalau hati kita sudah muafakat dgn kehendak Allah ertinya kita menjadi org yg sgt ghairah dengan kebaikan dalam apa jua bentuk sekalipun dan benci pada kejahatan walau sekecil manapun. Apabila kita kata Allah matlamat hidup kita, kita ini hamba Allah, hidup kita untuk beribadah kepadaNya, sebenarnya hati kita sedang memproses hati kita supaya hati kita muafakat dgn Allah- kesukaan Allah menjadi kesukaan kita dan kebencian Allah menjadi kebencian kita tanpa mengira tempat, keadaan, suasana, masa dan ketika.

seperti mana kata-kata Iman Ghazali r.h:

" sesungguhnya manusia ini menyediakan dirinya bagi ma'rifah adalah dengan hatinya dan bukannya dengan anggota badannya. maka hatilah yang mengetahui Allah, mendekati-Nya dan bekerja kerana-Nya. hatilah yang menuju kpd Allah. dan sesungguhnya anggota badan itu adalah pengikut, pelayan dan alat yang digunakan oleh hati.

Hati yang diterima oleh Allah adalah apabila ia selamat sejahtera daripada selain Allah.hati itu terdinding daripada Allah apabila ia bergantung kepada selain Allah.

Hatilah yang mencari dan hatilah yang berbicara. Hatilah akan rasa bahagia apabila dekat kepada Allah. hatilah yang taat setia kpd Allah. dan ibadah-ibadah yang terhasil pada anggota badan dan segala sifat terpuji itu adalah lahir daripada hati.

dengan gemerlap dan bersinarnya hati maka lahirlah kebaikan. dengan gelapnya hati maka lahirlah kejahatan.Apabila manusia telah mengenali hatinya maka dia akan kenal dirinya, dan seterusnya akan mengenal Tuhannya"

Di sini ianya bermula..

pejam celik pejam celik rupanya da 2 minggu saya menghadiri kursus bakeri. Setelah 2 minggu disana, pelbagai pengalaman yg ditimba bermula dari asas menjaga kebersihan dan keselamatan ketika di tempat kerja, berkenalan dgn peralatan2 yang digunakan, baking technique, storage sehinggalah petua dan tips2 semasa penyediaan produk2 bakeri.

Maka setelah lama menanti, hari ni bermulalah pelajaran kami secara praktikal, kelas membuat roti...first time dapat bljr buat roti, excited sungguh....sebelum start proses membuat roti, chef bertugas iaitu cheff miza membriefing ttg bahan2 yg digunakan dan langkah2 yg perlu dilakukan. jom kita bljr macammane nak buat roti...



Briefing oleh Chef miza

firstly, bahan2 kering spt tepung, gula kastor,yis, susu tepung dan sedikit bread improver diputar. putar dgn menggunakan sejenis mesin yang dipanggil Mixer selama 5 minit (nasib baik x gn tangan, klu x mau patoh tongan den)

step yang seterusnya plak, tambahkan garam dan putar lagi...garam tak boleh dicampur masa stp first td coz dia menyebabkan yis kita td mati..so if yis mati roti tak naik la..maka keras la roti kita..seterusnya sambil2 putar 2 kita masukkan telur sebijik demi sebijik dan juga marjerin.
Bila doh yang kita sediakan tadi dah sebati, keluarkan dari Mixer dan lakukan ujian elastik (nak uji samada doh kita da sesuai belum nak wat roti)..bila da ok , proses bantingan dilakukan untuk buang angin dari doh kita..so roti kita 2 tak la kembung sangat.


Proses bantingan

ni pulak step membahagikan doh ikut saiz produk, timbang doh sebanyak 60 g..
nak timbang doh 2 sng jer, yang susahnya nak membulatkan doh 2, tengok macam senang tapi nak membuatnya...huhu.


Membulatkan doh perlukan kepakaran

Next, doh yang telah direhatkan selama 5 minit dihias mengikut produk yang dikehendaki, pastu masukkan ke dalam mesin yang dipanggil Proover supaya roti bertambah kembang.




Tengok 2, roti da kembang bila dikeluarkan dari proover

seterusnya bakar di dalam oven pada suhu atas 190 dan suhu bawah 180 selama lebih kurang 15 minit..




Inilah hasil Roti kami...yang bestnyer saat bila nak merasanya...umm..Lembut dan Sedap...