Sunday, May 31, 2009

pohon TAUHID berbenih IMAN Tak goyah dilanda taufan, tak tumbang dirempuh badai..





menyemai benih2 tauhid di sanubari anak2 muslim, adalah tanggungjawab yang maha penting. daripada benih yang ditanam inilah lahirnya poko2 yg rendang dan kukuh. jika benih lalang yang disemai, jgn mengharap untuk menuai gandum atau padi.

asas akidah yang mantap perlu disemai sejak kanak2 msh kecil. kecintaan pada Allah dan Rasulnya, serta pautan hati kepada masjid dan Al-Quran,perlu disuburkan dibenak mereka. anak2 yang ditanam dgn benih iman spt ini suatu hari nti membesar seumpama sepohon pokok yg rimbin dan kukuh. iman mrk spt akar yang mencengkam kuat bumi dan menerobos jauh ke dalam tanah. tiada ribut, taufan atau angin yg mampu mencabut pokok yg mempunyai akar sekuat in.

Demikian juga, anak2 yg terpasak kukuh tiang akidah kpd Allah di hati mrk. mrk tidak mudah digoyahkan oleh persekitaran yg negatif, tidak tumbang iman mrk kerana desakan hidup atau habuan dunia. mereka inilah golongan yang menjaga agama dan benteng terakhir umat.

sebagaimana poon rendang yg menghasilkan buah-buahan yg manis, enak, berkhasiat dan menyegarkan, mereka juga memberikan 'buah-buahan' yg manis kpd keluarga, rakan, jiran tetangga, malah negara.

apabila bekerja, mereka bekerja dgn amanah, andai menjadi majikan, mereka menjadi majikan yg prihatin dan simpati terhadap pekerja bawahan. sekiranya berniaga, mereka tidak akan mengamalkan rasuah atau penipuan. mereka mengeluarkan zakat perniagaan dan menyantuni golongan krg bernasib baik. jika menjadi pemimpin, mereka membimbing rakyat bertakwa kpd Allah dan menjauhi maksiat.

hanya golongan yang ditanam dgn iman yg kukuh spt ini mampu menjadi sepohon pokok yg rendangnya memanyungi semua org yg berada di sekelilingnya. Dia juga mengguurkan 'buah-buahan' ranm utk santapan masyarakat.

demikian perumpamaan yg Allah datangkan dalam surah Ibrahim, ayat 24 dan 25. Allah menggambarkan iman yg mantap adalah spt pohon yg rendang, akarnya kuat mencengkam bumi dan rantingnya menjulang tinggi ke langit. sepohon pokok terdiri daripada tiga bahagian penting; akar, batang dan ranting. begitu juga iman terdiri daripada akidah yg kuat spt akar, amalan soleh yang kukuh spt batang pokok yang utuh, dan lidah yg menuturkan kata2 yg baik umpama ranting2 yang menjulang tinggi ke langit...

coklat...ooo...coklat


Minggu lepas saya berpeluang belajar cara2 buat coklat daripada housemate. tidak ku sangka proses penyediaan coklat sgt mudah dan cpt. hanya perlu cairkan coklat atas air panas jer, then coklat yang cair 2 dimasukkan ke dalam acuan mengikut bentuk2 yang kita nak,sgt mudah...dah siap letak dalam acuan kemudian masukkan dalam peti ais lebih kurang 20 minit untuk bagi coklat 2 keras..after 20 minit, keluarkan dari peti ais then.......siap.

sebenarnya coklat 2 kami buat untuk dijual di Sek.Men.Keb.BAndar BAru Bangi sempena Hari Guru. Terima Kasih pada adik fatimah,farhana dan adik Huda yang membuat tempahan dan mempromosi coklat yang kami buat di sekolah tersebut.Alhamdulillah, sambutan yang diberi sungguh menggalakkan dan semua coklat yang kami hantar habis dijual.

Tak sabar rasanya nak buat coklat lagi, sekarang kena tunggu cikgu balik dulu sebab cikgu yang mengajar saya buat coklat 2 tgh cuti-cuti malaysia di kg halamannya di klang.bercakap ttg cuti ni rasanya da lama tak pergi travel...teringat masa travel bersama kawan2 ke kuala selangor,berprogram di sg. congkak dan dulunya setiap minggu turun ke Melaka. Sekarang ni sayalah orang yang boleh dikatakan suri rumah sepenuh masa...hehe. Apa khabar la housemate saya yang sorang lagi 2, dia skrg ni berada di Bandung, Jakarta utk membeli stok pakaian butik muslimahnya...rasa keseorangan pulak sebab selalunya ade jer geng nak borak tapi malam ni saya hanya habiskan masa untuk update blog ni jer..Harap2 bermanfaat la masa yang dah berlalu...

Cantik tak coklat yang kami buat 2? satu pek coklat paket pink 2 berharga Rm 2.50, murah ajer kan?..kalau ada yang nak tempah, sangat dialu-alukan..selain 2 kami juga ada jual coklat yang didatangkan khas dari kilang iaitu coklat Tasneem,Dkawi,Dazzel dan sebagainya.

Walaupun produk kami tidak segah produk2 lain tapi InsyaAllah ini merupakan permulaan bagi kami untuk berjinak2 dalam perniagaan coklat dan bakeri ni..Doakan kejayaan kami yer..

Saturday, May 30, 2009

AJK Makanan


Alkisah.....macanner yer saya blh terpikat utk menceburi bdg bakeri nie? saya sendiri pun pelik n confius camner la blh minat utk buat roti, kek,coklat dan sgl2nya yang seangkatan dgn bakeri..

lebih kurang beginilah ceriternyer...

saya nie sorg yang aktif berpersatuan(yeke?)...dan selalu la ikt menghandle program yang persatuan saya ceburi 2, x kisahlah samada berkaitan motivasi untuk adik2 sekolah, pelajar2 U sehinggalah program utk mak2 dan bapak2 org..yang peliknyer x tau la knp dari dulu sampai skrg kebanyakan program yang dilakukan 2, sayalah tukang masaknyer...selalula jgk berangan nak jadi AJK selain AJK makanan, samada AJK pengangkutan ataupun AJK logistik.jealous jgk la dgn sorg kwn ni, asyik2 dia jer jd AJK pengangkutan(jgn marah yer yan nti cpt tua)..tp 2 lakan org kata segala-galanya ketentuan ILLAHI..walaupun saya bukannya pandai masak tapi setakat masakan Chef Wan 2 sedap lagi la saya masak..hehe

mgkn bermula dari cni saya mula berjinak2 dan bertambah suka memasak,rasa tenang n Happy jer bila org makan masakan yang kita masak..lg2 masak untuk org buka puasa..byk pahalanyer kan???

semasa penulisan ni ditulis pun, saya bertindak sbg tukang masak utk program motivasi sekolah (STEP)yang berlangsung selama 4 hari ,masak utk 50 orang..dibantu oleh beberapa kwn yang lain...walaupun penat nak masak utk 50 orang (bayangkan kami kena masak 3 periuk besar nasi) tp kami happy coz kami dapat menyumbangkan tenaga dan kudrat yang ada ni utk bagi tenaga kpd orang lain.

InsyaAllah, 2 mgu akan datang, saya mengambil tender masakan lagi untuk program SRT..masak untuk 70 0rang.tapi yang bestnyer kami diminta utk masak lauk kambing...huhu..x biasa masak lauk kambing

itulah serba sedikit camner sy blh terlibat dlm bidang masakan ni...on bakeri plak, kadang2 ada jg meniaga hotdog, dadih, coklat dan segala macam lagi semasa belajar di UKM dulu..dari sinilah minat utk terlibat secara serius dlm dunia perniagaan nie.

dengan ini, saya bangga dgn jalan yang telah dipilih(walaupun famly x brp menggalakkan)...sekurang2nya saya telah menyahut sabda Rasulullah bahawasanya 9/10 rezeki d dunia ini datangnya dari perniagaan.sekian utk kali ini...

salam Perkenalan

alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran pada ALLAH kerana dgn limpahan ksh syg dan rahmatnya akhirnya saat yang dinanti tlh tiba..

akhirnya saya kan meninggalkan bumi UkM tercinta ini,dimana slm tiga thn saya menimba ilmu, pengalaman manis dan pahit yg sgt berharga. Sedia maklum bahawa di IPT merupakan tempatnya kita semua menimba ilmu, begitu juga saya. Ilmu yang banyak dan tidak terhitung jumlahnya. Tidak tertanggung oleh otak juga kadangkala.

Bermulalah episod kehidupan baru dalam kamus hidup saya.dunia pekerjaan yang semestinya dinanti2 oleh setiap mahasiswa/siswi..mgkn ada yang telah terbayang2 kehidupan masa depan yang baru,terima duit gaji setiap bulan,plan nak beli kereta, baju mahal, alat make up dsb...

"KITA MERANCANG DGN CITA-CITA ,ALLAH MEMBERI DGN CINTA"

segala2nya tlh ditentukan oleh Allah, slps seminggu tamat belajar di UKM, sy kini menyambung pelajaran k peringkat yg lebih tinggi, spt mana sabda Rasulullah: tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad..tidak kira dimana dan berapa pun umur kita, selagi hayat dikandung badan ilmu mesti dicari dan ditambah.walaupun sy x menyambung pelajaran sama sptmana yang diambil di UKM iaitu bidang sains Mikrobiologi(kaji kuman) tapi bak kata orang kemahiran itu perlu ada apatah lagi bagi seorang wanita.hehe panjang betulkan mukaddimahnye..ok2 saya terus pada pointnya, saya kini sdg mengikuti kursus bakeri selam 6 bulan di bwh kementerian sumber Manusia di bawah pakej rangsangan ekonomi yang dikenali sbg "TRAIN N PLACE". kursus ini diadakan di sg Tangkas (sebelah komuter UKm jer) dan diselia oleh Chef Farid dari Bakeri Ria Academy yang sangat berpengalaman dalam bidang bakeri.

apa yang peting bagi saya,kursus ini akan menambahkan skill dalam bidang bakeri yang INSYAALLAH akan saya lakukan scr full time satu hari nanti(means nak buka bakeri..InsyaAllah). dan saya akan berjuang untuk membekalkan lebih banyak produk2 bakeri yang halalan toyyiban kpd masyarakat khususnya saudara seagama.

knp saya memilih bidang bakeri, bkn bidang2 yang lain.nantikan episod yang akan datang...